Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Selasa, 22 Januari 2013

WANITA LARA


WANITA LARA

Di hatinya ada cinta
Kasih sayang di landa kecewa
Rindu pada bayang bayang yang tiada
Asmaranya hanya angan yang duka
Sepi dalam keriuhan yang di punya

Bangunlah kau dari igauan
Perlu apa kau berhati rawan
Dia mencintai mu duhai perempuan
Dialah kekasih dialah teman
Usah kau tersesat di persimpangan jalan
Usah kau lari dari kebahagiaan
Konon mencari sebuah kebahagian
Dunia ini bayak godaan
Dunia ini bayak cabaran
Tabahlah mencari kemenangan
Moga tidak ada penyesalan .

Sani
17.7.2011
9 00 pagi .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.