Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Jumaat, 25 Januari 2013

Dikau Kucinta


Dikau Kucinta

Mengenalimu sesuatu yang indah
tanpa ku sedari
aku telah mencintai dirimu
maafkan diriku duhai dikau
kiranya perasaan hatiku
tidak di senangi hatimu

rasa sayang
rasa kasih
rasa rindu
begitulah tulusnya  dari kalbuku

mahukah dikau tahu
dikau sering bersamaku
dalam lena aku sering bermimpi
dalam jaga mindaku sering mengingati
syahdunya dalam hayalan bersama dikau

bayangan dirimu
bagai udara yang sering meresapi tubuhku
bagaimanakah nafasku andai tiada udara
bagaimanakah asmara cintaku andai tiada dikau .

aku yg tersendiri bersamo mimpi dan ilusi
Sani
23.7.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.