Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Jumaat, 25 Januari 2013

Izinkan aku


Izinkan aku

Kaukah insan ingin ku temui
kini menjelma di hatiku
manis bicara seindah wajah
sepiku menjadi indah
rinduku mula menuju
ada cinta di jiwaku
ingin kupersembah buat mu
apa jua katamu
apa jua kataku
aku ingin bertemu mu
akan ku bahasakan diriku
seperti apa yang kau mahu
akan ku panggil namamu
seperti apa mahumu

mungkin bukan di kamar cinta
kerana aku terlalu kekurangan
mungkin hanya sebuah hayalan asmara
dan syahdu untuk ku nikmati
hanyalah mimpi-mimpi
mungkin tidak di alam kenyataan

namun izinkanlah jua aku berdoa
terus melangkah dan  bercita-cita ...

Sani
8.7.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.