Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Sabtu, 26 Januari 2013

Wanita Cinta

Wanita Cinta

Tiba2 sayang hadir dalam hidupku
bagai titis hujan rahmat di gurun kontang
telah lama aku rindu insan sepertimu
jangan tanya aku
kenapa aku terus sayangi dirimu
pun kita tidak pernah bersua
pun kita tidak pernah mengenal
itulah istemewanya cinta
boleh hadir begitu pantas
bak pancaran kilat yg memintas bunyi guruh
dan kekal selamanya di hati

Oh ! sayang ...
namun apakan dayaku
aku sedar kekurangan diriku
aku hanya layak jadi perindu
pastinya aku tidak menjadi pilihanmu
terbanglah sayang di alam luas ini
aku doakan kebahagiaan sayang

nanti akan sampai waktunya
aku termanggu di hadapan persandingannmu
aku akan tersenyum dgn amat terpaksa
bersama tangisan pilu di dalam hati
dan aku terus mencintai mu ...

Sani
23/1/2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.