Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Khamis, 24 Januari 2013

Salam Cinta Buat Sayang


Salam Cinta Buat Sayang

Di hatiku ada cinta
suci dan tulus mencari-cari kasihmu
begitu subur rindu di jiwaku
sering menghampiri dirimu

bukalah sayang!
bukalah pintu hatimu
inginku memasukinya dengan penuh kesopanan
andai sayang izinkan aku kekal di situ
itulah cita-citaku
akan ku cantumkan dua jiwa menjadi satu kehidupan

tahukah sayang ?
biarpun sayang jauh dari pandangan mata
sayang terlalu dekat pada pandangan hatiku
udara yang menyentuhi sudut-sudut tubuhku
terasa bagai nafas sayang yang nakal manja
membelai asmaraku di alam hayalan

sayangku!
maafkan aku
tanpa sayang tahu
tanpa izin dari sayang
aku telah mencintaimu
aku telah merinduimu

ada sesuatu yang sangat aku mahu dalam hidupku
aku ingin  berdua denganmu
berbahagia di kamar rindu
dari waktu kewaktu
aku ingin menjadi iman kepadamu
kita bersama sujud pada Ilahi Yang Satu .

Sani
5.6.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.