Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Khamis, 24 Januari 2013

Catatan Untuk Sayang


Catatan Untuk Sayang

terasa kasihmu menyentuhi hatiku
benarkah itu
atau hanya hayalan ku yg sedang rindu
sering aku bertanya pada diriku
tapi jawapannya tidak kutemui
kerana jawapan itu ada di hatimu ...

oh ! akulah insan yg mencintaimu
tapi aku tidak seperti untuk memilikimu

mungkinkah aku hanya mampu untuk merindu
dan merayu kasihmu sepanjang hayatku ..

Sani
13 may 2012 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.