Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Khamis, 24 Januari 2013

Rerama di bayu senja

Rerama di bayu senja

Dalam lembut tiupan bayu petang
ku lihat rerama yg segar ketika pagi
kini layu di hujung ranting
resah dan terharu di dunianya
maafkan aku ingin bertanya
di manakah bunga yg pernah kau puja
kemanakah hilang kelopak berwarna indah yg kau kasihi
kemanakah hilang harum wangi madu yang kau sayangi
kau hanya membisu
bersama linangan air jernih di mata layumu
dari raut wajahmu
aku cuba meneka
mungkin sudah menjadi kenangan
dan sukar untuk kau lupakan
bila senja menjelma
kau bersama burung2 malam
mendayu menyayikan lagu merindu.

Sani
10.6.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.