Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Jumaat, 25 Januari 2013

Dari hati untuk hati


Dari hati untuk hati

usah sedih
usah pilu
usah merayu
biarkan saja hati merindu
menghalang hati aku tak mampu
ku simpan cinta padamu di kalbu
selamanya kekal di situ

andai di suatu waktu
Sayang teringin menikmati syahdunya cintaku
carilah aku
aku masih menunggu

usah di tanya padaku
kenapa aku mencintai dirimu
kerana aku hanya tahu
aku telah mencintaimu
bukan kerana usiamu
bukan kerana rupamu
bukan kerana hartamu

andai di saat sayang mencintai aku
aku sudah pergi menemui Ilahi
kalau sayang sudi
bacalah ayat-ayat suci
hadiahkanlah padaku dengan iklas hati
berdoalah agar kita mendapat kesejahteraan dari Ilahi
di alam yang kekal abadi
dengan izin nya moga kita bertemu nanti .

aku yg tersendiri bersamo mimpi dan ilusi
Sani
24.7.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.