Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Jumaat, 25 Januari 2013

Jiwa berbicara


Jiwa berbicara

Di suatu sudut kotaraya
malam semakin sunyi
tika ini jiwaku turut sepi
bulan dan bintang tiada kelihatan
langit hitam membisu

lampu-lampu jalan bercahaya
kelkatu terbang menuju cahaya itu
ada yang sayapnya terputus
dan jatuh merayap di jalan
menjadi makanan katak dan cicak
ada yang terus terbang
menjadi mangsa Kelawar melayang
biar pun banyak pemusnah
ado juga kelkatu yang hidup
dan meneruskan zuriatnya
begitulah peraturan alam

di sana ada bangunan cantik
terus berkerlipan lampu berwarna-warni
di situ sering ada kupu-kupu
terbang mencari harapan
apakah nasibnya
tergenggamkah cita-cita
atau ditiup keganasan bayu kota
jatuh dan tua di pinggir longkang

dan seketika aku terlena
dan aku bermimpi
syahdu bersamamu
yang tidak mungkin dapat bersama di alam realiti.

Sani
13.7.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.