Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Jumaat, 25 Januari 2013

Puisi cintaku

Puisi cintaku

Telah aku tuliskan di sudut hatimu
puisi cinta dari hatiku
izinkanlah dia kekal di situ
di sepanjang riwayat hidupmu
usahla kau singkirkan catatan itu

kalimah-kalimah syahdu
kasih sayangku padamu
betapa aku sangat rindu padamu
mungkin sayang tidak dapat menerima aku
tapi sudilah sayang sentiasa mengingati
ceritera cintaku padamu
cinta seorang lelaki yang serba tiada
amat mencintai dirimu yang sangat cantik
amat mencintai dirimu yang sangat berbudi
sesungguhnya sayang seorang wanita paling istimewa
telah menjelma dalam hidupku

mencintaimu sesuatu yang sungguh membahagiakan jiwa
mungkin aku tidak berdaya memilkimu
tapi tiada insan di dunia ini mampu menyekat rasa cintaku
biar sayang jauh dari mata
biar sayang tiada lagi kabar berita
sayang sentiasa berada dalam alam cintaku
tersangat dekat di hati
aku dan cintaku padamu
bagai nafasku dan udara

maafkanlah aku
aku tidak dapat untuk melupakanmu .

Sani
2.7.2012 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.