Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Khamis, 24 Januari 2013

Aku yang tersendiri


Aku yang tersendiri

Aku memang insan kekurangan
tidak perlu kau marahkan aku
kerana sekali kau berbicara marah padaku
berjuta kali aku tidak suka padamu
sekali kau berbicara bermaruah denganku
berjuta kali aku menghormati dirimu

pada hatiku penuh calar-calar luka yang lalu
darah dan hanyir nanah telah menjadi racun berbisa
tidak perlu kau parahkan lagi luka itu
kerana racunnya akan tersimbah pada tubuhmu

biarpun aku ini tidak seperti
tapi aku tidak sama dengan insan-insan yang pernah kau temui.

Sani
28.4.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.