Terima kasih bidadari cinta
Terima kasih kerana sudi menjadi teman
moga itu bukan satu keterpaksaan
moga itu satu kerelaan hati
akan ku kumpul seluruh kejujuran kalbu
ingin kupersembahkan untukmu
akan ku jalin pertemuan ini
menjadi ikatan paling kuat paling mesra
kesudianmu sangat bermakna
kesudianmu tersangat ku rindu
sungguh bahagia aku bertemumu
moga tiada perpisahan pada talian ini
semakin lama semakin erat
ku semai kasih dan sayang
moga harum berbunga cinta
ku belai rindu-rinduan
moga asmara syahdu menjelma
sungguh indah detik ini
dikaulah bidadari cinta
yg lama telah ku tunggu
lenalah dalam pelukan kalbuku.
Sani
25.4.2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.