Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Sabtu, 26 Januari 2013

Pengakuan Hati

Pengakuan Hati 

Terasa di sudut paling dalam hatiku
aku bukanlah lelaki pilihanmu
namun aku sentiasa mendoakan kebahagiaan untukmu
terpaksa jua aku menerima kenyataan
aku bukanlah insan bertuah berjaya memiliki cintamu
tapi aku cukup bahagia di dalam deritaku
andai sayang masih tidak melupakan aku
biarpun mungkin menumpang di sudut paling kecil hatimu

Sani
20.1.2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.