Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Sabtu, 26 Januari 2013

Aku yg di singkirkan ...

Aku yg di singkirkan ...

Ku pinjamkan wajahmu menjadi ilusi
biarpun di alam realiti
kau singkirkan diriku dari hatimu
aku tidak wajar berkecil hati
kerana aku perlu insafkan diri
aku bagai buih kecil ombak di lautan luas
yg bederai sebelum menyentuhi pantai
karam di pusara cinta
hilang tanpa nisan untuk di kenang...

Sani
2.9.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.