Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Jumaat, 25 Januari 2013

Hanya Fatamorgana

Hanya Fatamorgana

Aku telah lewati daerah cinta
tidak pernah aku duga
jalan-jalan yang ku lalui
aku bertemu lagi taman cinta
manisnya asmara
syahdu aku dibuai kasihnya
bagai peladang sedang dahaga
bertemu sumur di ladang
jernih sejuk air untuk menjadi minuman
tika aku cuba menyentuhi
dia hanya fatarmorgana ...

Sani
4.7.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.