Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .
Bisikan hati
aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati
Sani
SECEBIS ILUSI
SECEBIS ILUSI
Di kamar malam yg tersendiri
kering dan tandus tanpa kasih dan sayang
ku bawa bayangan wajah cintamu bersamaku
moga2 dapat mengubati kepiluan hati
namun mimpi terus bermimpi
dimanakah berakhirnya ilusi
bila di alam realiti terlalu tidak mungkin dikau mendekati ...
Sani
16.10.2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.