Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Khamis, 24 Januari 2013

Oh! Cinta


Oh! Cinta

aku ingin mencintai dirimu
lebeh dari aku mencintai diriku
aku ingin sayangi dirimu
berjuta kali lebeh dari aku sayangi diriku

tapi sayangnya
aku terasa begitu rendah diri
lalu aku biarkan sahaja rinduku terkurung di dada

begitulah aku telah menjadi hamba pada rasa terseksa
begitulah aku hidup dalam berduka

cinta oh cinta
kau telah hidup di seluruh detik jiwa.

Sani
10.6.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.