Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Jumaat, 25 Januari 2013

Cinta yg terbiar ...


Cinta yg terbiar ...

Suara cinta di jiwaku
apakah terlalu sukar untuk sayang memahami
atau sayang berpura untuk tidak mengerti
atau sebenarnya cintamu sudah di miliki
apakah sudah terlewat sebenarnya perkenalan kita

nafas kasih mu yang sepi
buat cintaku dalam tangisan kini

ku bina sebuah bahtera asmara
tiba-tiba lautan telah kering
tiada lagi perlambangan indah
perkasihan ombak dan pantai sudah di lupai

hatiku bagai pasir pantai yang kontang
dahaga kegersangan ...
buih putih ombak hanya hayalan ...

Sani
21.6.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.