Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Jumaat, 25 Januari 2013

Mereka saudara kita


Mereka saudara kita

Buka mata
buka telinga
buka minda
nun ! di sana
ada suara tangisan kanak-kanak
ada suara jeritan gadis dan wanita
ada suara lelaki meraung
diseksa
dirogol
dicincang
disembelih
mereka orang-orang Islam
mereka ingin di hapuskan dari muka bumi

Apa jua yg termampu
bangkitlah membantu
pertahankan saudara2 seugama kita
pertahankan ugama Islam yang suci

Bersama kita berdoa
moga2 Allah akan memberi kemenangan
pada pejuang2 kebenaran.

Sani
28.7.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.