Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Jumaat, 25 Januari 2013

Rindu dan Cinta

Rindu dan Cinta

Betapa keindahan cintamu
lalu aku menjadi pemburu kasihmu
namun aku lemas dalam lautan rindu yg tiada penghujungnya
tapi nafas cintaku tidak pernah mati
mungkinkah aku tergoda pada gurauan cinta
hadir dan pergi bagai pelangi
meninggalkan aku di sudut senja
bersama hembusan bayu bagai teman pilu ...

Sani
31.7.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.