Rintik rintik hujan malam baru berhenti ...
Sunyi damai malam ini
dari pinggir sungai Klang
terdengar muzik hadiah dari alam semula jadi
si katak menyanyi lagu ...
mungkin irama cemburu
mungkin irama rindu dan merayu
mungkin juga nyayian asmara bersama pasangan cinta
Membawa aku ke alam lamunan
bayu begitu lembut membelai tubuhku
terasa bagai sentuhan nafasmu membelai jiwaku
syahdunya hayalan seorang perindu ...
ku sebut namamu di dalam hatiku
tidak tersedar terucap jua di bibirku
oh ! sungguh indahnya ilusi cinta
Begini rupanya kehidupan seorang pengemis kasih
ilusinya bagai berada di mahligai cinta
namun realitinya duka dan pilu jua
Satu ketika ...
mungkinkah kita bersalam cinta
di dunia yg nyata ...
Sani
23.12.2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.