Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Jumaat, 25 Januari 2013

Dewi Cintaku


Dewi Cintaku

Tidak perlu sayang mencari2 cinta untuk abang
abang tidak memerlukan cinta yang sebegitu
abang hanya perlu
cinta yang tersendiri lahir di hati sayang
kasih dan sayang yang tidak dipaksa2
rindu yang sayang sendiri tidak tahu
kenapa rindu itu menjelma
sayang hanya tahu
sayang sedang merindui pada abang

abang sedang menunggu kehadiran jiwamu di sisi
abang sedang menunggu kehadiran tubuhmu di sisi

abang sedang rindu
abang juga tidak tahu kenapa abang rindu pada sayang
abang hanya tahu
wajah wanita sayang begitu ayu
abang hanya tahu
budi bahasa sayang sungguh mempersonakan

kamar cintaku
berhias asmara yang syahdu
buatmu dewi cintaku.

Sani
20.6.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.