Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .
Bisikan hati
aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati
Sani
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati
Sani
Khamis, 24 Januari 2013
Lamunan di perantauan
Lamunan di perantauan
Di perantauan aku terkenang
sejuknya air mata bonda
berlinangan di kedutan pipinya
rindu anakanda yang berjauhan
jauh dari mata di hati berdekatan
tika memasak makanan kegemaran anakanda
baunya menyentuhi jiwa
terbayang anakanda senyum ketawa
tersedar dari hayalan
termenung di sudut jendela ...
Oh! Ilahi Yang Maha Kuasa
lapangkanlah kehidupan dunia bonda
bahagiakanlah alam akhiratnya
panjangkanlah usianya
moga sihat sejahtera sentiasa
Aku juga sepertimu bonda
merinduimu tiap ketika
oh ! bondaku
kita telah diikat kesucian cinta
kekal untuk selamanya ...
Sani
17.6.2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.