Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Khamis, 24 Januari 2013

Moga kita bersama

Mogo kita bersama

Diantara rinduku dan rindumu
bagai terpisah oleh samudera yg luas
andai lautan itu bagai lava gunung berapi
relakah kita merenangi
atau kita sabar menunggu
dan kita terus berusaha
dan kita terus berdoa
biarpun hingga keakhir hayat kita nanti

andai kita terpisah oleh maut
tahulah sayang
pada hatiku ada tersimpan wajahmu
selamanya aku cinta padamu
moga di suatu masa di alam yg berbeza
kita tetap bersama ...

Sani
25.4.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.