Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Khamis, 24 Januari 2013

Yang perlu kau tahu

Yang perlu kau tahu

kalau cincin itu kekasihku
inginku sarongkan di jariku
kekal selamanya di situ
selagi nafasku berdenyut
tidak akan ku leraikan lagi

rinduku
cintaku
telah bercantum dengan kalbumu

usah ditanya siapa aku
cukuplah kau tahu
aku cinta padamu.

Sani
11.6.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.