Mencintaimu
Tidak pernah aku menyangka
sayang datang padaku
manis mempersona senyumanmu
cantik menawan dikau yg sering kurindu
aku bagaikan berada di awan-awan
sungguh aku tidak percaya
tapi itulah realiti
hanya dalam sebuah mimpi
di alam realiti aku terus tersendiri
aku dalam sepi
mencari-carimu dalam misteri
dikau bagai puisi dan madah cinta
aku membaca dan terus membaca
aku syahdu mengejar bayang-bayang kasihmu
apahkah dikau hanya sebuah arca maya
dan tidak mungkin melafazkan rasa cinta
apakah dikau puteri milik seorang putera
berada di taman larangan
di kawal dan di jaga
tidak mengapa
walaupun dikau siapa
aku telah bersedia jiwa raga
mencintaimu sepanjang usia.
Sani
26.1.2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.