Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Jumaat, 25 Januari 2013

Kenangan pilu


Kenangan pilu

Indahnya bicara rindu darimu
manis bak madu dari bunga-bunga
tersembunyi pahit hempedu
segar bak penawar dari pakar-pakar
tersembunyi racun yang berbisa

Aku hanya bagai kolek kecik di tengah lautan
tenggelam jua oleh taufan yang ganas

Aku hanya insan biasa
punya hati dan perasaan
bila sering terbakar
pasti akan menjadi abu

tinggal hanya kenangan pilu  sejarah kehidupan.

Sani
30.6.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.