Riwayat cinta
Sepanjang jejak hidup ini
ku simpan rahsia hati
hanya aku yang tahu
bila dikau juga tidak memahami
cinta yg tersembunyi di jiwaku
betapa aku mencintai dirimu
bagai nadi berdenyut dalam tubuhku
tidak mungkin pernah berhenti
selagi nafasku tidak mati
di malam malam sunyi
terasa dikau hadir menemani
tapi sebenar hanyalah ilusi ...
biarkanlah riwayat cinta ini begini
mungkin inilah yang terbaik
agar dikau tidak membenci
dan aku tidak berkecil hati ...
pujangga terpinggir
Sani
6/1/2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.