Menjadi Ilusi
di ruang maya ini
ingin ku temui kedamaian
ingin ku cari persahabatan
ingin ku cari perkasihan
andai ku temui cinta
aku ingin cinta itu syahdu dan bahagia
tika aku sendiri di malam ini
aku terdengar suara ombak
yang pernah ku lihat membelai pantai
yang pernah ku lihat menjadi tsunami
begitukah juga insani
mungkin berubah di waktu dan suasana yang berbeza
ada ketika lembut dan mesra
ada ketika keras dan kasar
aku hanya sebuah sampan yg kerdil
berkecai jua dilambong keganasan samudera
aku hanya merpati terbang
patah jua sayap dilanda taufan
andai jiwa kasihku telah mati
cinta hanya menjadi kenangan ilusi.
Sani
5.6.2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.