Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Rabu, 23 Januari 2013

syahdunya rindu


Syahdunya rindu

Benarkah itu bicara hatimu
atau hanya gurauan wanitamu sahaja
bolehkah aku percaya
benarkah ada cinta di hatimu
dan cinta itu untuk diriku

Itulah bualan hayalanku
nyatanya bukan begitu
mana mungkin sayang mencintai insan sepertiku

Aku terus berenang di lautan mimpi
melayan-layan di awan ilusi
sakitnya kalbuku sedang menanti
jawapanmu kian tidak pasti
mungkinkah aku perlu menunggu kata cintamu hingga aku mati
sungguh malang kasihku ini
siapalah yang sudi ...
aku terus bersendiri tanpa ada yg mengerti
namun aku kuatkan hati
terus merayu cintamu
kerana rayuan itu
terlalu syahdu buat jiwaku ....

Sani
9.4.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.