Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Rabu, 23 Januari 2013

Ilusi Cinta

lusi Cinta 

Aku tidak tahu siapa namamu sebenar
aku ingin panggil kau Gadis Cinta
relakah sayang
aku suka nama itu
oh! Gadis Cinta
malam2 yang sepi
aku merasa tenang bila melihat potretmu di maya
ayu senyumanmu
manis wajahmu
terbayang budi indahmu di sebalik kerudung
terasa bagai sayang menjadi kekasihku
terasa bagai sayang sedang merindui aku
ah! aku lemas dalam alam kasihku
aku terlena dalam syahdunya rindu
kerudungmu terasa bagai menyentuhi pipiku
membelai lembut penuh mesra jiwaku
ah! dalam jaga aku bermimpi
cepat2 aku insafi
rupanya aku berilusi
mana mungkin sayang mahu mencintai aku
aku arahkan pandangan ku kelangit tinggi
betapa kecilnya aku seorang insan di mukabumi ini
tiba2 ku terasa embun menitis kian laju
basah pipiku yang sayu
siapalah yg mengerti tangisan hati
merayu tidak henti-henti
aku telah bercinta denganmu tanpa cintamu.

Sani
9.4.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.