Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .
Bisikan hati
aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati
Sani
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati
Sani
Rabu, 23 Januari 2013
Syahdunya cinta
Syahdunya cinta
Tersendiri di sebuah taman
bernafas dalam bayu pagi kotaraya
pastinya tidak sesuci bayu laut yg segar murni
suatu ketika aku ingin bersamamu
dikau yg ku panggil kekasih
menikmati keindahan pantai
ku ingin pilih pantai yg paling sunyi
hanya terdengar deruan ombak dan nafas kita
aku ingin bercinta
aku ingin berasmara
aku ingin berenang bersama mu
bermain dengan buih-buih putih ombak
akan ku tuliskan kata cinta padamu
pada awan yg menghiasi samudera
biar seisi alam tahu
aku telah cinta padamu
dan cinta itu selamanya
nun di tengah samudera
kelihatan pulau yang indah
daerah yang sangat damai syahdu
kita akan lena di sana
tidak perlu lagi kita bermimpi
kerana itu realiti ...
Sani
23.4.2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.