Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Rabu, 23 Januari 2013

Bercinta Dalam Mimpi


Bercinta Dalam mimpi

Malam kian larut
bicara sayang segar di hatiku
terima kasih kerana menjelma dalam hidupku
mungkin hanya buat sementara
dan akhirnya sayang berlalu
aku ingin sayang tahu
kehadiran sayang buat hidupku menjadi indah
dan akan menjadi kenangan amat manis dalam hayatku

di saat-saat aku tanpa sayang nanti
nama sayang tetap berada di hatiku
akan ku katakan pada diriku
sayanglah kekasihku
pun sayang tidak pernah anggap aku sebagai seorang kekasih

terima kasih kerana sudi membaca catatan ini
janganlah pernah benci padaku
aku merasa begitu terhina
andai sayang pernah benci padaku
kini hanya mimpi sahabatku yang sangat mengerti
telah merelakan aku bercinta dengan sayang.

Sani
23.4.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.