Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Rabu, 23 Januari 2013

Nota buat gadisku ...


Nota buat gadisku  ...

aku tidak salahkanmu
pilihlah yg terbaik buat dirimu
aku insan biasa2 dan mungkin tidak menepati kehendak cintamu
tapi usahlah padamkan terus diriku dari hidupmu
selamanya akulah insan yg sayangi dirimu
dan dikau terus berada di jiwaku
aku sentiasa doakan dikau bahagia
tapi andai satu ketika nanti dikau dipersia
aku tetap menantimu
biarpun hingga ke hujung usia
cintaku padamu tidak pernah terpadam.

Sani
17.4.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.