Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Rabu, 23 Januari 2013

Jangan pergi duhai mimpi


Jangan pergi duhai mimpi

Pagi!
alangkah indahnya tika itu
aku di desa tercinta
segar nafas segar tubuhku

tika matahari semakin pergi
aku di kota ini
aku bagai berada lagi di sudut pagi
mesra lembut sentuhan tangan kasih si bunga
aku bagai berasmara di suatu pagi
syahdu dan mendamaikan hati

ah ! aku telah bermimpi
begitu indah mimpi ini
andai mimpi ini pergi
tidak mungkin aku dapat menahan tangisan hati
terus menangis rindu sepanjang hayat nanti ...

Sani
18.4.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.