Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Khamis, 24 Januari 2013

KU PENDAM RINDU DI HATI


KU PENDAM RINDU DI HATI

Ku tenung potretmu
pandangan matamu menyentuhi hatiku
aku bagai bermimpi dalam jaga
aku bagai berilusi dalam sedar

kasihku bagai di sentuhi kasihmu
cinta dihatiku merayu-rayu
ingin berbicara dengan cintamu
memang sukar di mengerti kehadiran cinta begitu
tapi aku percaya tentang cinta itu
kerana kini berada di kalbuku

ah ! maafkan aku
aku faham dan aku tahu
aku tidak seindah wajahmu
aku tidak setinggi darjatmu
aku tidak sebaik pekertimu

ah ! maafkan aku
akan ku simpan dalam riwayat hidupku
perasaan hatiku pada dirimu
aku tahu aku pilu
tapi apalah dayaku
ku pendam jua rinduku
bersama sepanjang denyut nadiku .

Sani
30.5.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.