Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Khamis, 24 Januari 2013

Hanya sebutir buih putih

Hanya sebutir buih putih

Mungkin awak tidak memahami hati saya
lalu saya semakin tidak faham dengan sikap awak
saya cuba membunuh rindu saya pada awak
tapi sayangnya saya tidak mampu
kerana sekali saya jatuh cinta
selamanya cinta itu kekal di hati saya
saya lihat betapa indah bulan di celah2 lukisan awan
itu bagai diri awak yg saya kasihi
saya lihat sebutir buih ombak putih
hanyut di lautan luas
itu bagai diri saya yang terus merayu cinta awak
kerana saya terlalu kecil
mungkin itulah sebabnya
awak tidak dapat melihat hati saya
mungkinkah buih kecil itu
nanti akan terbenam di dasar lautan
hilang dan tiada lagi ceriteranya

Sani
30.5.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.