Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Rabu, 23 Januari 2013

Cinta Syahdu Namun Terpilu


Cinta Syahdu Namun Terpilu

Bagai pertemuan dua hati
bagai perpeluk mesra dua jiwa
bagai sayang menjadi kekasih abang
bagai berada di awan cinta yang indah
saat-saat berdenyut menjadi sangat mempersonakan
syahdu bagai dibuai asmara
syahdu bagai jari-jari comel sayang berada dalam genggaman tangan abang
syahdu bagai kita sedang membuka tirai pintu bilik pengantin

tiba-tiba menitis air mata hati
bertukar dari tangisan gembira menjadi tangisan duka
kerana abang menjadi sedar
insan kekurangan seperti abang
mana mampu memiliki puteri cinta di dunia pelangi
namun cinta ini selamanya bertakhta di hati abang.

Sani

24.4.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.