Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .
Bisikan hati
aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati
Sani
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati
Sani
Rabu, 23 Januari 2013
Andai Sudi
Andai Sudi
Sekuntum mawar indah
harumnya dibawa bayu pagi
menyetuhi nafasku yg rindu
comel kelopak berbudi kalbu
milik siapakah bunga ini
andai cintanya masih tersendiri
ku hulurkan salam dari hati
andai ada rasa sudi
ingin ku bawa kealam seni
mengikat kasih di dunia pasti
agar siang tidak lagi sepi
moga malam tidak lagi sunyi
rahsia tidak lagi jadi misteri
asmara syahdu membelai cinta hati ke hati.
Sani
25.4.2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.