Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Khamis, 24 Januari 2013

Suara rindu


Suara rindu

tika aku gelisah rindu mencarimu
dikau menjelma bersama manisnya senyuman
tika aku cuba menyentuhi hatimu
ternyata dikau hanya pelangi

tika aku terlena
dikau terus hadir dalam mimpi
tapi aku mengerti
itu hanya sebuah ilusi

di alam realiti
akulah insan sepi

keindahan awan itu semakin pergi
nyanyian ombak semakin menjauhkan diri

di suatu gurun yg kontang
aku tersendiri
akulah sebutir debu pasir
tidak mungkin dikau kenali

suara tangisan rinduku
siapalah yg tahu ....

Sani
25.5.2012
salam kasihku buatmu sayang ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.