Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Rabu, 23 Januari 2013

Mimpi atau Realiti


Mimpi atau Realiti

syahdunya ku memerhati rerama bermain bayu
bila ku temui sebuah pagi yg indah
aku berkenalan dgn mimpimu
benarkah bayangan cintamu
atau itu hanya sebuah ilusi
oh! aku telah bercinta dalam ilusi rupanya
mungkinkah terjalin cinta dalam realiti
kita tersangat berbeza
indah bagai mentari terbit pagi
dan bagai sinar petang yg pilu
mungkinkah mimpi itulah realiti .

Sani
17.4.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.