Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .
Bisikan hati
aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati
Sani
Mencari Kebenaran
Mencari Kebenaran
Aku telah merelakan hatiku
berada di antara kelopak berwarna kuning
aku sudah tidak gentar
walau kelopak itu bertukar warna merah
kerana bermandi darah
moga terus hidup semangat pejuang-pejuang kebenaran
pun tubuhnya di calar kuku-kuku besi.
Sani
28.4.2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.