Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Khamis, 24 Januari 2013

JANJI HATI


JANJI HATI

dikau telah dipilih oleh hatiku
rela tanpa terpaksa
jujur penuh setia

dikau wanita jelita
itu hatiku kata
dikau berbudi bahasa
itu jiwaku kata

aku tidak mencari rupa
tapi keindahan rupa aku jumpa
aku mencari wanita berbudi
kini ku temui padamu duhai wanita jelita

itu kata hati lelakiku
bagaimana pula hasrat hati wanitamu
akukah jadi pilihanmu
atau aku hanya burung malam
selamanya merindu bulan
tapi hanya mampu ...
melihat kendahan cahayanya
namun tidak layak ...
menikmati keindahan jiwanya

apa pun yg mungkin terjadi
aku tetap begini
mencintaimu penuh suci
berdoa dan terus menanti
biarpun hingga kehujung hayat ini .

Sani
28.5.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.