Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Selasa, 22 Januari 2013

Bagai Burung Malam Bagai Bulan

Bagai Burung Malam Bagai Bulan

Aku hanya insan biasa pencinta seni
punya rasa cinta yg tulus dan murni
dari cinta itu hadir kasih dan sayang
berkenalan dgn mu, aku telah jadi rindu
indah rupanya jiwa di daerah asmara
tapi benarkah ada yg berkata
kecewa dalam cinta buat diri tersangat duka
kini aku dalam bertanya-tanya
mungkinkah aku tidak layak mendapat cintamu
aku bagai burung malam merayu-rayu bulan
tapi kau bagai bulan terus menyepi
cahaya budi wajah jelitamu
sentiasa berada di hatiku .


Sani
7.4.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.