Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .
Bisikan hati
aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati
Sani
Cintamu dan Cintaku
Cintamu dan Cintaku
Cintamu hanya satu pelarian
seketika kau ucapkan sayang
kerana dikau tidak mengenaliku
setelah dikau mengenali aku
sayang itu berlalu ...
Kau semaikan rindu pada hatiku
dan selamanya aku merindu dirimu
berteman duka pilu
sungguh sampainya hatimu Sayang.
Cinta ku pada mu terus hidup
bersama nafasku berdenyut ...
Sani.
8.4.2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.