Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .
Bisikan hati
aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati
Sani
Cinta Terindah
Cinta Terindah
Selami jiwaku dengan matahatimu
dikau akan temui daerah kalbu paling syahdu
di situ berkembang mewangi cintaku
kasih dan sayang terindah teristimewa untukmu
asmaraku sentiasa merindui kehadiranmu.
Sani
16.4.2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.