Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Rabu, 23 Januari 2013

Bicara Perindu


Bicara Perindu

Di suatu sudut Kuala Lumpur
cuaca sekeliling agak malap
angin bertiup kecang
guruh dan kilat di muka langit
mugkin hujan akan turun seketika lagi

Namun aku terus bersama rindu
terus menanti kata sudi cintamu
apakah aku tidak akan bertemu jawapan itu
tapi aku akan terus menanti
hingga kehujung nafasku
terseksanya dalam penantian
kuubati rindu dengan pilu hati ...

Sani
20.4.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.