Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .
Bisikan hati
aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati
Sani
sebutir pasir di pinggiran jalan
Aku hanya sebutir pasir di pinggir jalan
tidak tersedar oleh mu
tidak kusalahkan dirimu
kerana begitu lumarah alam
aku perlu tampirkan diri
sayangnya aku belum mampu
namun maafkanlah padaku
kerana hatiku telah mencintaimu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.