Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Ahad, 17 November 2013

sebutir pasir di pinggiran jalan

Aku hanya sebutir pasir di pinggir jalan
tidak tersedar oleh mu
tidak kusalahkan dirimu
kerana begitu lumarah alam
aku perlu tampirkan diri
sayangnya aku belum mampu
namun maafkanlah padaku
kerana hatiku telah mencintaimu





Gadisku ...

Gadisku ...
Kelibat wajahmu di alam maya
menawan keinginan jiwa
tuturmu yg bersahaja
menawan kesucian hati
mana ada gadis sepertimu pernah ku temui
tidak meninggi diri
pandai memujuk rasa insani lelaki

aku tersangat tahu
aku tidak selayaknya mendapat kasihmu
aku tidak berkecil hati
aku insaf siapa aku ini
insan biasa tidak seperti

tapi aku mendapat sesuatu
bila aku berkenalan dgnmu
rasa rinduku padamu
sesuatu yg syahdu dalam hidupku
sebagai teman sepanjang hayatku.


Sani

22/6/2013