Nukilan2 dalam blog ini tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran. Sila link kalau anda berminat .

Bisikan hati

aku bukan insan terbaik untuk menjadi kesayanganmu
biarkanlah aku hanyut bersama buih-buih ombak lautan mimpi
aku hanya bayu laut tika senja
kian hilang dalam kegelapan malam
tiada lagi camar terbang-riang
tiada lagi keindahan ukiran awan
segalanya kusimpan di dalam hati
menjadi tangisan di hari-hari kulewati


Sani

Jumaat, 23 Disember 2011

Kembara Rindu

KEMBARA RINDU

Kembara rinduku mencari damai hati
Ku temui diri mu disini
Seketika tenang jiwa ku rasai
Lembut bicara murni berbudi
Wajah mu menggoda sanubari
Kaulah bidadari yang ku mimpi
Kini bertemu dialam fantasi
Terlalu ingin aku bertemu  dialam realiti
Sayangnya kau ditaman larangan kutemui
Kau mawar indah dipagari duri
Pertemuan bukan untuk kumiliki
Pertemuan sekadar menguji hati
Sebuah kasih yang ku cari
Setulus sayang yang kudahagai
Dan aku terus bermimpi
Ku relakan dan ku insafi
Siapalah diriku ini
Insan biasa yang sering dilupai
Menjadi perindu dari hari ke hari  .

Sani .
28/6/2011 .

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.